Kelakuan Ular katam belang

Ular Katam Belang adalah pemalu dan biasanya sukar dilihat, dan merupakan haiwan keluar malam (nocturnal). Apabila diganggu, ia biasanya menyembunyikan kepalanya di bawah lingkarannya, dan pada umumnya tidak menggigit,[2] sungguhpun pada waktu malam ia lebih aktif dan dianggap lebih merbahaya pada waktu itu.

Samasa siang hari, ia berbaring dicelah rumput, lubang, atau longkang. Ular ini layu dan lembab walaupun dikacau. Ia biasanya tidak dapat dilihat semasa hujan.[3]